Thursday, June 10, 2021

Ramadhan 2021: Struggle Is Real

Tajuk je la omputih...sebab kalau Bahasa Melayu tak tau nak letak tajuk apa. Sebenarnya saya buat satu monthly plan untuk Ramadhan. Saya nak bereksperimen dengan diri sendiri. Nak cuba 30 hari tanpa minuman dan makanan manis. Nak makan makanan yang berkhasiat saja. Tapi apa kan daya, gitulah tajuknya..struggle is real.

Bukan saja bab makan, bab nak menulis dan study pun struggle..sepatutnya up entry ni sebaik saja masuk Syawal..ni dah nak masuk Zulkaedah..hurmmmm..menangguh ja kerjanya. Itu la yang paling masalah problem..PROCRASTINATION.. Sat gi la, jap arrr, next week la..Isnin lah mula.. Satu benda ja yang saya tak tangguh..workout time..hehehe

Okay, back to my story. Plan asal :

Zone 1 (500ml plain water)

0430 : bangun, toilet, sahur (1 mug lazz choco), salam 2 rakaat
0500 : workout (cardio with my stepboard)
0540 : last drink 
0600 : mandi, subuh, puasa, keja...continue life macam biasa
*1800 - 1900 : prepare for iftar

Zone 2 (500ml plain water)

1925 : Iftar (heavy meal, plain water, kurma)...kurma okay not karma

Zone 3 (500ml plain water)

1950 : maghrib
2015 : munch-munch time (snack yang berkhasiat plus plain water)

Zone 4 (500ml plain water)

2030 - 2200 : off to masjid for isya and terawih 

Zone 5 (500ml plain water)

Selepas terawih sehingga tidur..biasa saya tidur jam 2230. So, tu cara macam mana nak kekal minum air kosong 2-3 liter sehari. Alhamdulillah part minum air kosong tu saya berjaya..yessss I did it!!

Dan part lain yang saya berjaya adalah boleh ja pun bangun awal jam 0430, solat sunat 2 rakaat dan workout. Memang sangat-sangat berbeza workout awal pagi sebelum subuh. Ni pengalaman pertama saya, lain macam dia punya performance.

Ok..kelihatan plan yang dibuat macam berjaya la kan..tapi hakikatnya. Pahit nak ditelan, pahit nak ditulis dan pahit nak diluah. Saya akan catat apa yang saya makan setiap hari. Main menu ok under control. Yang side side dish, snacking ni yang ke lautttttttt. Daripada 30 hari, 5 hari ja yang zero sugar..

Hurrrmmmm...ermmmmm..bila la nak betul-betul boleh bercerai talak 16 dengan gula putih ni??

Ramadhan 2021

Day 1 : agar-agar merah 3 ketul
Day 2 : good
Day 3 : kuih bom 2, roti john 1
Day 4 : roti john 2 , bomboloni 1, ayaq jagung
Day 5 : roti john 5, sagu gula melaka sebekas
Day 6 : good
Day 7 : popia carbonara 3, mc flurry oreo
Day 8 : murtabak sebijik, chatime
Day 9 : coq udang 3, ayaq laici
Day 10 : good
Day 11 : good

Day 12 : milo tabur, fries sepinggan
Day 13 : pasemboq sebungkus
Day 14 : pulut sri muka 2, megi kari semangkuk
Day 15 : sepiring cekodok
Day 16 : pulut sri muka 3 ketul
Day 17 : coq jagung sepiring
Day 18 : pulut sri muka 4, megi kari semangkuk
Day 19 : pulut sri muka 2, roti jala 3, roti sardin 1
Day 20 : good
Day 21 : laksam, karipap 3 ketui
Day 22 : lopez 4 ketui
Day 23 : mee kari & cadbury sepapan
Day 24 : roti john 5 ketui, sekut raya 4 ketui
Day 25 : sekut raya, cadbury sepapan
Day 26 : fries, laksa, air Bandung
Day 27 : keria melaka 4, sekut raya
Day 28 : air mirinda, roti john 4 ketui, sekut raya
Day 29 : sekut raya, air mirinda
Day 30 : sekut raya, air mirinda

Maka begitulah pengakhiran monthly plan Ramadhan saya. Nak kata total fail tak juga. Cuma hati mau lagi kental. Kadang-kadang sayang tengok makanan dibuang gitu aja, so kunyah la jugak (alasan..hehehe). 


Bertabah la..dan teruskan, insyaAllah prepare another plan during lockdown ni. Will see the results later..tengoklah lockdown sampai bila. Kot boleh dapat 50kg ka..wuuuuuuuuuu

No comments:

Post a Comment