Monday, November 8, 2021

Kuala Terengganu : 3 Hari 2 Malam

Kali ni puas hati sebab pergi 3h 2m..selalu p 2h 1m memang rushing, letih, kurang enjoy. Sama jugak lah tujuan kali ni p nak hantar kak irah balik dan tinggal kenari dia (kenari arwah abahnya). Kebetulan pulak peeyem dah umum kebenaran rentas negeri. Tapi awas ya masih ada road block di sempadan negeri, ada di lepas rnr Perah, sempadan Jeli dan sempadan Kelantan - Terengganu. Tak dak apa pun just tunjuk sijil vaksinasi. Settle....

Maka awal pagi Khamis (21 okt) kami pun bertolak 2 biji keta. Saya drive Kenari dengan kak irah. Umi drive avanza dengan 5 kids. Bertolak jam 4.15 pagi dalam keadaan hujan yang agak kasar. Alhamdulillah lps saja exit tol gurun hujan agak reda. Berhenti subuh (agak lewat dalam 6.35 pagi) di rnr Perah.

Then continue the journey. Berhenti ke toilet jap di rnr Titiwangsa..sejuk dit dit. Shoot terus sampai habis kelantan, masuk terengganu sampai lah area Pantai Penarek, Setiu. Berhenti lunch ikan dan seafood celup tepung. Glupsssss..price kali ni kayangan gila. Last year menung sekoq RM1, kali ni sekong RM6. Fuhhhhhh.. Lepas lunch terus shoot ke homestay di Kuala Terengganu (dekat area UNISZA ja).

Sampai rehat-rehat. Lepas asar baru keluar ke Pantai Tok Jembal. Cantik pantainya, kena pula tengah bulan..cantik bulan penuh. Lepak, main-main air laut, dinner situ then baru balik homestay.





A1 @ UNISZA, A2 @ USM..tinggal la umi dengan 5 kiddos.





Hari kedua kami ke Seberang Takir, hajatnya nak tour Sungai Terengganu. Waze aja jeti Seberang Takir. Park keta, p ke jeti ada pak cik sapa. Dia terang pakej :

1) RM2 sehala ke Pasar Payang (sekepala)
2) RM7 sehala ke Draw Bridge dan Pasar Payang (sekepala)
3) RM70 satu bot (max 12 orang) pusing ke Masjid Kristal, Draw Bridge dan Pasar Payang.

So, kami pilih pakej 1 bot tu senang tak yah campur dan sesak dengan orang lain. Lebih kurang sejam setengah la dok atas bot tu. Cuma kalau p time senja tu lagi syok dan cantik la. last pit stop di Pasar Payang. Shopping la sket kat situ. Pastu masa balik tunggu ja bot kat jeti tu.





Draw Bridge ni ikut rezeki la kebetulan kapal besar lalu nampaklah draw nya.



Masjid Kristal

Senget-senget...rummmm







Petang kami ronda ke Masjid Terapung, Pantai Batu Burok dan shoping keropok lekor.

Lepas maghrib bawak anak-anak yang besaq layan Meggi Dapur Arang Tok Jembal. Layannnnn, seafood fresh manih leting. Puas hati makan.




Ada jugak la tempat yang tak sempat pergi macam nasi dagang atas tol dan banyak tempat yang belum buka sebab PKP kan. InsyaAllah nanti repeat dengan kenkawan. Beza wooo travel dengan family dan kenkawan. Cuma maybe nanti fly ke KB then sewa kereta ke KT. Tak larat wei nak drive 9 jam lebih. jalan pulak dak comey. But okay la selepas 8 tahun masih bole drive manual..avanza pulak tu.


No comments:

Post a Comment