Tuesday, November 16, 2021

Self Test Kit : Wajib Dah Setiap Minggu

Sudah dua kali saya buat. Setiap pagi Isnin untuk pastikan #kitajagakita. Ramai yang mai ziarah ibu, takut juga so ambil la langkah berhati-hati ini. Test kit ni saya beli kot shopee tapi under pharmacy. Tak da la simply beli kedai mana-mana. 

Ni la yang saya beli melalui KL Pharmacy RM8.50 seketui.

Saya suka sebab dia ada corong, senang nak ludah. 

Senang ja nak buat. Bangun awal pagi jangan berkumur atau gosok gigi. Batuk sket biar ada keluar kahak sama. Ala senang jela, just follow the step kat belakang kotak tu. Dah siap tunggu la results. Sekejapan saja, tapi kalau nak confident biar la 15 minit. Alhamdulillah dua kali dah buat dan sekali buat RTK (sebab jaga ibu di Hospital Metro) alhamdulillah results negatif.

Alhamdulillah negatif. Lepas tu masuk my sejahtera update results.

Follow ja step ni. Click here for mysejahtera updates.






Last klik negatif, pastu submit..settle...

 

No comments:

Post a Comment