Disebabkan ini adalah day trip, so kami berdua ambik half day hari Jumaat 06 okt. Jam 4 ptg bertolak ke Cameron. Singgah di rnr Bukit Gantang follow team Kamunting. Jam 8.30 malam kami tiba di Hotel Nova. Terus solat jama', dinner, then melepak kat parking basement Hotel Nova (free parking ok). Jam 11.30 mlm, kak mas start edarkan tshirt dan lunch pack.
Jam 1 pagi naik powil ke kaki gunung. Weiiii sejuknya time ni kena angin..bergetaq pala lutut. Sesi bahagi kumpulan (55 orang line up dengan 7 orang guider). Warm up..rintik2 hujan dah terasa. Tepat jam 2 pagi kami memulakan pendakian diiringi gerimis. 5 minit ja trek tangga, lepas tu mmg terjun selut la. Kecut habis jemari kakiku. Alhamdulillah jam 7 pagi team kami sampai ke puncak. Dan mujur mentari menyinar, hilang habis kesejukan. Sempat layan meggi dengan masad cafe. Fuhhhh nikmat.
Jam 9.45 pagi kami mula bergerak turun. Fuhhh, naik tak pa. Bila turun, mula la tak tau nak senyum ka nak gelak ka nak menyesal ka. Tapi gagah jugak senyum, tak mau bagi mental koyak. Hakikatnya kaki dah rasa lemah nak angkat melangkah. Trek yang panjang naik turun naik turun sangat berbeza. Ditambah pula dengan selut dan gerimis. Memang tak berpeluh langsung. Ayaq pun habis sebotol ja masa turun. Masa naik langsung tak minum. So, tak bole fikir macam trip yang lain. Hiking gunung lain kalau naik 4 jam turun bole short sejam. Tapi tidak pada Irau. Dan mungkin turun lebih lama daripada naik. Nanti rajin saya tulis persiapan berhadapan trek Irau. Moga saya rajin lah ye.
Ok adios, nah saya tempek sekeping dua gambaq. View mmg superb. Not at the peak. But the mossy. Falling in love beb...
Tema baju kaler ijau.
Lawa dak glove pink conan?
Almost to the peak..alhamdulillah
Lukisan alam..mmg cantik.
Saat dah sampai..belemoih baq ang.
Gambaq trek nnt ya, sekali dengan tajuk tip mendaki Irau.
No comments:
Post a Comment