Wednesday, October 4, 2017

Ziarah Acheh September 2017- 3 Masjid Utama

Pertama sekali saya nak cerita pasal Masjid Baiturrahman. Tatkala kaki melangkah ke pintu utama terasa diri ini berada di Masjid Nabawi, Madinah. Senibina yang hampir sama dengan Masjid Nabawi. Ruang legar dan payung yang sama seperti Masjid Nabawi. Dan apabila turun ke bawah ruang tandas dan wudhu', diri ini umpama berada di Masjidil Haram, Mekah. Tulisan khat dan kawasan parking bawah tanah. Benar-benar menggamit kerinduanku pada bumi Mekah dan Madinah.

Bezanya bumbung hanya dibuka di waktu tengah hari sahaja. Kalau di Masjid Nabawi, bermula tengah hari hingga ke malam.

Mujur saya sentiasa bawa kain batik dalam beg kain telekung. Tak dibenarkan berseluar ya bagi muslimah.

Menggamit kerinduan pada Masjid Nabawi.

Masjid kedua adalah Masjid Rahmatullah daerah Lampuuk. Masjid berkenaan hampir dengan laut, terletak di kawasan Pantai Lampuuk. 


Masjid ni hanya mengalami kerosakan kecil, dan tidak dibaiki. Dibiarkan sebagai tanda tsunami di kawasan tersebut.

Dan masjid terakhir adalah Masjid Baiturrahim di Ulee Lheue. Terletak berhampiran pelabuhan Ulee Lheue yang menghubungkan Banda Aceh dengan Pulau Sabang @ Pulau Weh.

Seusai solat jama' taqdim maghrib isya'. Masjid terakhir di bumi Acheh.

Kalau ke kawasan Ulee Lheue jangan lupa cari pulut panggang dengan kuah durian di hadapan pintu masjid. Memang 10 bintang ayu bagi. Sedap baq angggg.


2 comments: