Nak pergi sendiri tak berani (dah study route apa semua) tapi memandangkan India, Pakistan dan Kashmir agak tegang. Di celah-celah tu jumpa kak sab (dalam group buru tiket murah), follow fb dia tgk macam ok la..banyak trip dia handle dan bnyk trip dia ke India. So, start berwasap dengan dia cakap teringin nak main salji tapi nak jugak tgk bunga tulip. Kak Sab cadangkan p awal musim bunga (awal april). Kira baru habis winter (tapi salji still ada di pergunungan) dan mula musim bunga.
Free seat aa pada Mei 2018 (bulan puasa), saya terus beli tiket kl-delhi dan jaipur - kl. Nampak tak? Hampir setahun peram tiket.
Ok, dah settle tiket maka mula la persiapan barang-barang. Rasa setahun lama kan tapi sekejap ja masa berlalu. Mula sekali cari winter coat dan winter glove. P banyak jugak bundle. Lastly berkenan kat satu bundle di Sungai Petani (aziemart.com). Beli winter coat (RM50) dan set thermal (RM20). Winter glove beli kot Shopee (RM30). Kasut pakai kasut hiking high cut Gellert. Yang lain bawak tshirt biasa, seluar hiking thermal, down jacket.
Pastu ushar money changer pulak. Dan kebetulan masa p Bali bulan 2 (transit KL) price rupee cantik. 100 rupee = RM5.68. Terus grab 10,000 rupee = RM568. Pastu harga terus naik ke 5.95 (sampai hari ni tak turun lagi).
Then come benda yang paling penting untuk masuk India iaitu visa. Saya buat e visa (kak sab yang buatkan). Total RM340 dan valid untuk setahun. Pastu jangan lupa suntikan vaksin. Saya ambik thypoid ja. Dannnn insuran travel (saya pakai etiqa).
Dah siap semua urusan dokumentasi maka bermulalah urusan packing. Masuk keluaq ja barang dalam beg. Kejap masukkan, kejap keluarkan. Kejap rasa penting, kejap tak..hahahaha..adat la tu nubis first time nak travel lama dan jauh. So, far paling lama pun travel 5 hari. Ini kali hampir 10 hari. Apa benda yang saya bawak ye?
1) Winter jacket dan light jacket.
2) Winter glove.
3) T shirt = 10 helai (termasuk pakai).
4) Seluar panjang = 4 helai (termasuk pakai).
5) Seluar panjang thermal = 1.
6) Set thermal.
7) Tudung = 9 helai (termasuk pakai)
8) Adik2, stokin, anak tudung.
9) Travel iron
10) Baju tidur = 3 pasang.
11) Meggi cup tomyam = 3
12) Serunding daging = 1 bekas.
13) Sandal dan scandal.
14) Bantal travel.
15) Telekung travel.
16) Towel travel dan kain batik.
17) Gula-gula (utk jajan buat anak-anak Kashmir).
18) Ubat (panadol, tahan sakit, air garam ORS).
19) Losyen, lip balm.
20) Pen (sangat penting), banyak borang nak kena isi,
Tadaaaa jadila 2 beg gini. Cik Bit jangan lupa.
Belakang 12kg, depan 4 kg..tengah dah 68kg..sob sob sob..
Here full itinerary 10 hari 8 malam (Png - KL - Delhi - Kashmir - Delhi - Agra - Jaipur - KL - Png)
Day 1 (07.04.2019) Ahad
0940 : Fly to KL (by Malindo)
1040 : Touch down KLIA, turun ronda KLIA, pastu ambik free shuttle bus ke KLIA2
1240 : Sampai KLIA2, lepak lunch kat NZ Restaurant.
1500 : Mandi (selesa di toliet aras bawah, depan capsule hotel)
1600 : Meet point di Starbuck level departure (jmpa Kak Enn gojes)
1905 : Take off (flight dalam 5 jam)
2310 : Touch down Indira Giri International Airport (beza waktu 2 jam setengah)
2359 : Settle baggage and imi.
Day 2 (08.04.2019) Isnin
0030 : Cari port lepak, isi arrival form and waiting for domestic flight
0600 : Fly to Srinagar (by aa)
0700 : Arrive Srinagar International Airport. Shoot to Gulmarg
1400 : Sampai Gulmarg, check in Hotel Hill Top
1600 : Ronda area hotel. Macam-macam aktiviti ada, main salji, ATV, naik ski, naik sledge. And I choose ronda area tu dengan basikal.
1830 : Dinner
Day 3 (09.04.2019) Selasa
0930 : Berjalan ke stesen Gondola. Naik gondola, main snow bike, main ski, guling-guling lagi atas salji.
1300 : Turun balik ke hotel
1400 : Bertolak balik ke Srinagar
1800 : Singgah taman bunga badam
1930 : Check in Hotel Montreal, Srinagar utk 3 malam
Day 4 (10.04.2019) Rabu
0830 : Ke taman tulip
1600 : Masjid Putih dan Pari Mahal
Sighseeing market, shikara ride, dry fruit stall
2000 : Balik hotel
Day 5 (11.04.2019) Khamis
0700 : Doodphatri (The Valley Of Milk), ride horse
1300 : Historical Jamiah Masjid, Heritage Mughal Garden Nishat, Shoping pashima dan kurta
1900 : Balik hotel
Day 6 (12.04.2019) Jumaat
0730 : Apple Valley, Pahalgam, Aru Valley, Baech Resort
2100 : Check In Zareef Houseboat
Day 7 (13.04.2019) Sabtu
0800 : Check out from Kashmir
1055 : Fly to Delhi (by IndiGoAir)
1200 : Touch down Delhi. Shoping @ Sarojini Street
India Gate (tgk dari atas bas sahaja sebab terlalu ramai orang)
2230 : Check in Agra
Day 8 (14.04.2019) Ahad
0700 : Taj Mahal
Agra Fort (Red Fort)
Shadar Market (barangan kulit)
Rajrani Souvenier
Ladang Gandum
2230 : Check in Jaipur
Day 9 (15.04.2019) Isnin
0900 : Amber Fort
City palace
Pink City
Queen Elizabeth Museum
1700 : Bertolak ke Jaipur International Airport
2045 : Fly balik KL
Day 10 (16.04.2019) Selasa
0430 : Touch down KLIA2
0530 : Naik bas ke TBS
0800 : Naik bas balik Penang
1400 : Sampai umahhhh..yihaaaaaa
Ok..last cerita bajet pulak.
Tiket Pen - KL (baggage 15kg) = RM79
Tiket KL - Delhi (baggage 20 kg & meal) = RM397
Tiket Jaipur - KL (baggage 20kg & meal) = RM360
Tiket KL -Pen (baggage 20kg) = RM84
e-visa = RM340
Ground package (hotel, breakfast, lunch, dinner, enterance fee, domestic flight) = RM2500
Tukar duit = RM568 (10,000 rupee). Habis..hari last tinggai 10 rupee ja.
Travel insuran = RM62 (etiqa tripcare ambik pakej platinium).
No comments:
Post a Comment