Thursday, April 25, 2019

Kembara India Part 8 : Tip & Tricks India

1) Makanan di India. 
nasib baik tekak mamak Penang kental terima gulai dan dal. Hari-hari kari, kari hari-hari. Kesian tgk travelmate ada yg hari ketiga dah lembek, ada yang cirit-birit gak. Biasanya lunch depa akan bagi nasik beriyani. Dinner selalunya nasik putih. So, bawaklah serunding daging ngan botol kicap kecik. Makan la lauk Malaysia untuk dinner.

Breakfast tak pa, roti ngan jem ada. Bakaq roti, sapu jem..cicahngan teh o panas.

Roti ni wajib cuba, cicah ngan dal boleh, cicah nhan halwa depa pun mabelessss.

Benda alah ni saya x tau nama apa tapi akan diberi pas lunch. Katanya untuk potong balik segala minyak dan kolestrol dalam nasik beriyani tu. Jintan putih dgn gula batu..x jalan kat tekak saya hokayyyyy.

2) Pemanis India.

Zaffron Tea ith badam. My pebret. Masuk kedai ja depa akan hidang sorang secawan. Memanaskan badan yang sejuk.

Kalau tak dak zaffron tea depa akan sua chai (macam teh tarik gitew). Terubat gak la rindu dgn teh tarik kan.


Ini kat Delhi mmg banyak. Orang juai timun di merata alam. Katanya sebagai penyejuk badan.

3) Pen.
Wajib bawak seketui, banyak form nak kena isi dan time isi tu tergedik-gedik ligan masa. Paling senang snap gmbq pasport dan visa simpan dalam hp. Setiap kali nak isi tak yah kalut bukak pasport la, bukak e visa la. Just bukak tgk gmbq dalam telefon sahaja.


4) Tiket.

Simpan ye sebab dah turun pun kena tunjuk lagi..Ni tiket naik gondola kat Gulmarg.


5) Shikara Ride.
Hati mau kering, tujuan naik shikara ni nak enjoy view ala-ala macam kat Venice tu. Tapi baru nak enjoy dah kena serang ngan penjuai. Tip dia ang buat ja x reti ja. Kalau melayan mmg x enjoy la unless anda mmg seorang kaki shoping.


6) Lapangan terbang di India.
Hazabbbbb..hohohoho. First time jumpa epot macam ni. Lain dari yang lain. Bila touch down Delhi jangan terus keluaq ye, dah keluaq tak boleh masuk kecuali ada tiket. Hanya pemegang tiket boleh masuk ke dalam kawasan epot. Yang tak dak tnggu ja tepi jalan kat luaq nun.

Pastu security mmg gila, 4 check point dan 2 perlu bercop baru boleh masuk dalam flight. So, kalau hat boboi tu tak yah la dok bikin susah pakai seluaq hat ada belt bagai. Mula dia akan scan beg yang nak masuk kargo (makesure lepas scan tu dia tag). Pastu baru p kaunter untuk claim tiket dan bawak masuk beg. Settle baggage, cerita hand carry pulak.


Dua kali check point scan kena ada 2 cop. Kalau tak dak jawabnya kena ulang balik dari first step.

Nampak tu mesti ada tag penerbangan untuk semua hand carry termasuklah bantal leher ya.
Berat baggage pun jangan memain. Masa di Airport Jaipur saya kena lane yang banyak cekadak. Hand carry pun kena timbang. Nasib baik tak jenis menyoping. P 12kg balik 14kg..hohohoho


7) Membeli dan belah.
Nego lah selagi mana boleh nego. Kalau nak beli kain elok especiall pashmina dan kurta better beli di Kashmir. Kekacang macam walnut dan dal pun saya beli di Kashmir. Tapi ingat na domestic flight cuma 15kg. Manakala baju-baju, t shirt, fridge magnet banyak saya beli di Delhi dan Agra.



8) Face mask.
Wajib bawak dan wajib pakai terutama bila dah turun Delhi. Tak segak bergambaq pun tak pa. Ngan topi sekali na ngan sun block sama tau.


Time saya p ni bulan election. So poster, bendera penuh la jugak. Kat Delhi nnt nampak la ada demonstrasi kecilan sket..Orang kumpui ramai-ramai. Tapi aman tenteram ja, x dak rusuhan apa pun.


Tapi satu yang menarik pasal India, sistem dia uptodate. Semua berscan walaupun jaga dia x dak pondok dan pakai kipas angin ja. Semua benda kena scan. Itu mmg maju 5 star conan bagi.

Itu jelah rasanya pasal India. Nak komen pasal kotor, hurmm sama ja ngan Malaysia. Dah dibawa ke tempat pelancongan so toilet dia comey la jugak. Cuma ayaq bersih ja leceh sket, ayaq dia macam bergaram..melekit badan.


No comments:

Post a Comment