Friday, April 19, 2019

Kembara India Part 3 : Cerita Salji Di Gulmarg

Lepas sarapan pukul 9.30 pagi gitu kami jalan ramai-rami ke stesen gondola. Tak jauh pun dalam 10 minit ja. Tapi sebelum tu kalau sapa yang tak dak winter shoe boleh sewa kasut phua chu kang (price 75 rupee). Tapi pakai sport shoe high cut pun dah cukup. Just kalau winter baru kena pakai winter shoe. Kalau tak tenggelam la kaki dalam salji tu.

Naik gondola macam cable car langkawi tu. Satu gondola 6 orang. Jeng jeng..dok sblh Fayad.

Tengah jalan nampak rumah orang Gipsi. Time winter and spring depa dan semua ternakan akan turun dok kat bawah. Summer ngan autumn nnt baru depa balik.

Nampak ni, maka dah sampai la ke stesen 1. Turun jalan area tu, macam-macam aktiviti ada.

Saya pilih snow bike..gaya mutu keunggulan deyyyyy. Naik snow bike 2000 rupee = RM120.


A bit jakun lagi dengan salji. Apa ada hal..guling la sepuas-puasnya.

mentari dah terik masa ni, siap bole tanggal winter coat lagi. Seluaq tu basah jap ja..sat g kering la.


Kata kat Switzerland pun orang caya weiii..Dah puas berguling turun balik ke hotel, check out and shoot balik Srinagar.

On the way singgah taman bunga badam. 



Check in Hotel Montreal, dok sini 3 malam. Hotel selesa sangat, ada warmer. Toilet cantik dan bersih. Makanan pun sedap.

No comments:

Post a Comment